MY STORY

Sepuluh sen pahala..

Salam jumaat penghulu segala hari. 
Tengah jemur kain jiran datang tegur, 

‘jemur kain ke?’ 

Tapi kita jawab “eh tak la tengah masak”,

 soalan mesra dijawab dengan sindiran.
Allah bertanya, “Wahai Nabi Musa, apa yang ada ditanganmu itu? 

Jawab Musa , “Inilah tongkatku, aku gunakan untuk berjalan dan aku gunakan untuk memukul daun2 kayu supaya gugur untuk kambing2ku”. 
Kenapa Allah masih bertanya Nabi Musa sedangkan Allah Maha Mengetahui? Kerana… begitulah cara Allah bermesra dengan NabiNya walaupun Allah sudah tau tetapi Allah tetap bertanya. 
Dalam kehidupan manusia cuba bayangkan kita sedang jemur kain, 

tiba2 datang seorang kawan kita bertanya 

“buat apa tu?” 

Kita pun menjawab ” Tengah masak !” 
Kawan kita tanya tu bukan sebab dia tak tau tapi dia nak bermesra dengan kita. Orang nak bermesra dengan kita, kita layan dia dengan sindiran. Itu tak patut. ” -TG Haron Din-
“Saya ada RM 1, awak ada RM 1. 

Kalau kita tukar suka sama suka RM 1 itu, kita masih lagi ada RM 1 masing-masing.

Tapi, kalau saya ada 1 ilmu dan awak 1 ilmu, 

kemudian kita betukar-tukar ilmu itu, 

masing-masing akan ada 2 ilmu”.
Aku tanya dia kenapa kamu sentiasa suka minum air di masjid/surau padahal air tu di rumah kamu pun ada?!!

Dia jawab, ” supaya org yg letak air di masjid/surau ni diberi ganjaran oleh Allah..”
Bilamana sampai kpd kamu gosip2 tentang seseorang, maka biarlah gosip tu terhenti setakat kamu shj. 

Dan jika berita tu berhenti setakat kamu shj, bermakna kamu telah dpt pahala tutup aib org. Barangasiapa yg tutup aib mana2 muslim, 

” Allah akan tutup juga aib dia..”
3 doa yg wajar kamu ingat utk dibaca semasa sujud2 kamu :-
1. Ya Allah, aku mohon dgn Mu pengakhiran yg baik. Iaitu dalam khusnul Khotimah.
2. Ya Allah, kurnialah kepada ku taubat nasuha sebelum aku mati. 
3. Wahai Allah yg membolakbalikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu. 
Sehinggakan bila kamu berniat utk sebarkan ucapan ini, meniatkan sahaja tu pun dah dikira sebagai kebaikan. 
Moga2 dengannya Allah melepaskan kesusahan drpd kesusahan2 di dunia dan akhirat.
Peringatan :- ” Buatlah baik walau sekecil kecilnya. ”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s