MY STORY

aku penderhaka mahu ke syurga

dalam perjalanan ini…aku masih lagi buntu memikirkan apa yang ku mahu dan ke mana arahku….terperangkap antara dimensi dosa dan mengejar syurga….bukan mudah bagi aku untuk melepaskan diri dari perangkap nafsu yang aku cipta…..bukan mudah juga bagi sang nafsu melepaskan aku begitu saja..tapi..walau apa jua alasan yang aku beri aku …tetap pada akhirnya pesalahnya adalah aku kerana aku yang akan dihakimi…bukan nafsuku…bukan siapa yang mengajakku untuk terjebak dalam perjalanan dosa penuh duri2 yang menyakiti dan membunuh hatiku dalam diam…….Ya Allah…..bukan mahuku…..bantulah aku untuk keluar dalam rasa keliru ini….kuatkan lah aku untuk terus berjalan di atas paksi keimanan mencari redhamu….aku hamba yg lemah Ya Allah…sangat lemah…dalam mujahadah kadang aku rebah….dalam kepayahan aku merangkak mencari cintamu untuk aku diterima semula namun pada akhirnya aku sia2 kan untuk kesekian kalinya ……..selamatkan aku dari rasa hina…aku tak mahu menjadi penderhaka pada cintamu ya Allah….jangan kau jdikan aku diantara golongan yg kufur pada nikmat yang telah engkau bentangkan…jangan kau jadikan aku dari hambamu yang buta dengan segala pemberian rezeki yang engkau hidangkan….aku si penderhaka yang mahu ke syurga …… izinkanlah aku ya Allah…..walau tpksa merangkak dalam payah dan susah …izinkanlah walau hanya mengemis bauan dari kejauhan…….izinkanlah aku yaAllah…….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s